Tuesday, March 30, 2010

Visi Serasi SK. Holy Cross

Posted on/at 11:53 PM by sk holy cross

Memupuk serta memberi kesedaran terhadap sikap cintakan alam sekitar

Mesej Dan Ucapan Guru Besar

Posted on/at 7:17 AM by sk holy cross

PUAN CECILIA LAWRENCE

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas usaha murni dan inisiatif staf sekolah ini dalam usaha merealisasikan matlamat dan hasrat bersama untuk menyahut cabaran yang ada hubungkaitnya dengan pelaksanaan Program Sekolah Rakan Alam Sekitar [SERASI] di SK Holy Cross ini.

Kerjasama warga kerja SK Holy Cross, murid dan masyarakat di kampung ini begitu memberangsangkan dan membanggakan. Ini memberikan satu petanda bahawa pelaksanaan program ini akan menampakkan hasilnya yang kelak akan dapat dimiliki dan dikongsi bersama pada suatu ketika nanti.

Pihak pengurusan sekolah juga merakamkan penghargaan kepada JPN kerana memberikan kepercayaan kepada sekolah ini untuk menjadi salah sebuah daripada beberapa buah sekolah yang lain diamanahkan untuk melaksanakan program seumpama ini.

Sesungguhnya blog yang disediakan ini adalah tapak atau halaman yang akan digunakan untuk mendokumentasikan segala perkembangan, kegiatan dan aktiviti yang berkaitan dengan SERASI di SK Holy Cross Beluran. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara individu atau dalam kumpulan yang terlibat menyumbangkan tenaga, buah fikiran, sokongan, teknikal dan yang melibatkan material dan kewangan dalam usaha menjayakan Program SERASI ini.

Sekian dan terima kasih.

Aktiviti Serasi

Posted on/at 6:31 AM by sk holy cross








Apa Itu Program Serasi?

Posted on/at 4:41 AM by sk holy cross

•APAKAH ITU PROGRAM SERASI ?
•Objektif
•KENAPA SERASI DIADAKAN DI SABAH ?
•Konsep SERASI
•Kumpulan sasaran SERASI
•Pemilihan


APAKAH ITU PROGRAM SERASI ?

Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) yang melibatkan semua sekolah menengah dan rendah di Sabah menjadi program utama sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) di Sabah. Program ini merupakan pendekatan menyeluruh dalam pengurusan, kurikulum, kurikulum dan penghijauan sekolah di kalangan warga sekolah bersama-sama keluarga, komuniti setempat, pihak kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan. Ia dilaksanakan menerusi pendekatan pendidikan alam sekitar untuk membentuk masyarakat yang prihatin dan menhargai alam sekitar pada sepanjang masa. SERASI juga merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan lestari.


Objektif

•Mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di sekolah
•Memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
•Untuk mengalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
•Mengiktiraf usaha berterusan sekolah dalam program pendidikan alam sekitar.

Mengapa Anugerah SERASI diberikan ?

Anugerah SERASI merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan ke atas sumbangan dan usaha gigih sekolah-sekolah di Sabah dalam memupuk dan meningkatkan tahap kesedaran di kelangan warga sekolah mengenai kepentingan memulihara dan memelihara alam sekitar menerusi pelbagai program dan aktiviti di sekolah.

SERASI menawarkan hadiah utama yang dikenali sebagai:

1.ANUGERAH SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR ( SK MENENGAH )
2.ANUGERAH SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR ( SK RENDAH )
3.ANUGERAH WIRA HARAPAN

Anugerah berdasarkan kategori juga diberikan seperti berikut:

•Pengurusan Alam Sekitar Terbaik
•Aktiviti Kesedaran Alam Sekitar Terbaik
•Penghijauan Sekolah Terbaik
•Kebersihan dan Keindahan Persekitaran Sekolah Terbaik.
•Inovasi Alam Sekitar Terbaik.


Konsep SERASI

1.Amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di sekolah pada sepanjang masa.
2.Menyokong dan mengukuhkan program pendidikan alam sekitar merentas ko-korikulum.
3.Pendekatan menyeluruh yang melibatkan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.
4.Pendekatan bersepadu dalam pengurusan,ko- kurikulum dan penghijauan sekolah.

Kumpulan sasaran SERASI

•Sekolah Menengah dan Rendah Kerajaan serta Sekolah Bantuan Kerajaan.
•Sekolah Menengah Agama Negeri.
•Maktab Sains MARA di negeri Sabah.
•Sekolah Rendah dan Menengah Swasta (bermula pada 2006).

Pemilihan

Pemilihan secara berperingkat akan dijalankan bagi menyenaraipendekkan sekolah-sekolah yang layak untuk dinilai bagi Anugerah SERASI.